SSPN-i Plus

Simpanan Pendidikan Terbaik

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Berikut adalah pakej-pakej yang tersebut:
PAKEJ
INTAN
DELIMA
TOPAS
ZAMRUD
NILAM
BERLIAN*
Simpanan
SSPN-i
RM20
RM40
RM90
RM180
RM270
RM200
Sumbangan Takaful
RM10
RM10
RM10
RM20
RM30
RM300
Jumlah
RM30
RM50
RM100
RM200
RM300
RM500

MANFAAT TAKAFUL
Kematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Kemalangan)
RM40,000
RM40,000
RM40,000
RM80,000
RM120,000
RM1,000,000
Kematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Biasa)
RM20,000
RM20,000
RM20,000
RM40,000
RM60,000
RM500,000
Keilatan Kekal & Sebahagian
(Biasa dan Kemalangan)
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
RM100,000
36 Penyakit Kritikal (Bayaran manfaat dipercepatkan)
RM10,000
RM10,000
RM10,000
RM20,000
RM30,000
RM100,000
Elaun Kemasukan Hospital/hari**
RM20
RM20
RM20
RM40
RM60
RM200
Khairat Kematian Pendeposit, Pasangan (yang pertama & sah sahaja) dan  anak
RM2,500 (Pendeposit dan pasangan)
RM2,500
RM1,000 (setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja)
RM18,000
(pendeposit)
RM9,000
(pasangan)
RM2,000 
(setiap anak – maksimum 3 orang anak)

Nota:
*  Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan                takaful maksimum sebanyak RM2,000,000.
** Elaun kemasukan hospital sehingga had maksimum selama 52 minggu.


Kelayakan:
Pendeposit
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun.
Penerima Manfaat
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.
  3. Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.
Lain-lain
  1. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat.
  2. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama.

Pembukaan Akaun:
Pembukaan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat melalui saluran berikut:
Tiada dokumen sokongan diperlukan.
*Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, Surat Akaun Berkanun/Sijil Anak Angkat hendaklah dikemukakan.

Comments